Sabtu, 9 Mac 2013

Identiti Sekolah



            Identiti  Sekolah  Kebangsaan  Sungai Abong Muar,  adalah  terletak  kepada  pemilihan  nama  kelas. Nama – nama  kelas  dipilih  berdasarkan  tokoh  ilmuan   terkemuka  dalam  sejarah Islam. Adalah  menjadi  harapan  dengan  pemilihan  ini,  murid- murid  dapat  mencontohi  ilktizam, kesungguhan  dan  pembudayaan  ilmu  yang  membawa  kepada  perkembangan  tamadun  manusia  itu  sendiri. Selain daripada  itu,  ia  dapat  dijadikan  titik  tolak  kepada  kecemeralngan  sekolah  yang  berfokus  kepada  perkembangan  dan  budaya  ilmu. Pemilihan  nama – nama  kelas  itu  ialah :


Ibnu  Sina -  Abu  Ali Hasein Ibnu Abdullah Ibnu Hassan Ibnu Ali Sina. Beliau  dilahirkan  pada     tahun 370H / 980 M. Pada  usia  yang  masih  muda  beliau  telah  menghafal Al Quran,  mendalami  ilmu falsafah  Greek  dan Sains, ilmu logik Aristotle  serta  geometri Euclid.
  
 Beliau  merupakan  tokoh  ilmuan  dan pemikir Islam  dalam  pelbagai  bidang  disiplin ilmu. Beliau  juga  dikatakan  sebagai  penyumbang  terbesar  dalam  bidang  kedoktoran  dan  falsafah, sesuai  dengan  gelaran  yang 
diberikan  kepada  beliau  sebagai ``  Bapa  Perubatan  Moden ``dan  pernah  menerima  Anugerah  Syeikh  ar- Radas ( ketua  doktor  muslim)

Kitab  karangan  beliau  yang  bertajuk  Al Qanun Fil Al-Tibb  dan As-Shifa  banyak  menghuraikan  tentang  ilmu 
perubatan, boptani, falsafah, kosmologi  dan metafizik. Masyarakat  barat  telah  meletakkkan  beliau  sebagai Aviencenna (  sebaris  dengan  Plato, Homer  dan Aristotle ).

                      
Ibnu  Khaldun -  Abd Al Rahman bin Muhammad  bin Khaldun Al- Hadrami. Beliau  dilahirkan  di Tunis  pada  awal Ramadahan tahun 732H  iaitu  pada  27  Mei  1333M  dan  meninggal  dunia  pada  tahun  808H / 1406M
           
Beliau  adalah  sarjana  Islam  yang  terkenal  dalam  bidang  sejarah  dan sosiologi, juga  merupakan  tokoh  agama  dan politik  yang  mahsyur. Sejak  kecil, beliau menerima  pendidikan  di  Masjid  Gubbah, Tunis  dan  mampu  menghafal  Al-Quran. Beliau  telah  mempelajari  ilmu – ilmu  agama  seperti  ilmu Fekah, tafsir, hadis,  dan  juga  ilmu-ilmu  berbentuk akli seperti lojik, falsafah dan  matematik  serta  ilmu  Bahasa  Arab  dengan  beberapa orang  sarjana  yang  terkenal.

Ibnu  Khaldun  pernah  mengajar  dan  memegang  jawatan – jawatan  penting  di Tunis, Algeria, Maghribi  dan Mesir. Beliau  juga  pernah  dilantik  sebagai  ahli  persuratan  di Istana Fas  dan  kemudiannya  menjadi  Habib
( Perdana Menteri ) di Bougie. Beliau  juga  pernah  bertugas  sebagai  seorang  kadi  dan khatib. Sewaktu di Mesir, beliau  pernah dilantik menjadi hakim di Makamah raja. Sekembalinya  beliau  dari  menunaikan  ibadat haji  pada  tahun  789H/1387M, beliau  menumpukan  perhatian  dalam  bidang  penulisan.           

Ibnu  Battutah -  Muhammad Abdullah Al- Lawati. Beliau  dilahirkan  pada  tahun  703H / 1304M  di Tanjah atau 
Anger  iaitu  sebuah  daerah  di Maghribi. Beliau  meninggal  dunia  di Daerah  Marakish  pada  tahun  779H / 1377M. 

Ibnu  battutah  berlatar  belakangkan  pendidikan  agama  kerana  datuk  dan  ayahnya  terdiri  daripada  ulama  dan  bertugas  sebagai kadi.Beliau  adalah  seorang  ilmuan  dalam  bidang  perlayaran, agama  dan  bahasa. Beliau  mahir  dalam  beberapa  bahasa  asing seperti  Bahasa  Parsi  dan  Bahasa  Turki.Ibnu  Battutah  adalah  seorang  yang  tegas, kuat  cita – cita  dan  tidak  mudah  berputus  asa. 

Pengalaman  pengembaraannya  selama  28  tahun  telah  direkodkan  dan  dibukukan  serta\menarik perhatian  para  sarjana  di seluruh  dunia untuk  diterjemahkan  dalam  pelbagai  bahasa. Oleh  itu, sumber  sejarah  dalam  pengembaraannya  telah  menjadi  khazanah  yang  cukup  berharga  sehingga  pada  hari  ini. Ianya  menjadi  panduan  bukan  sahaja  kepada  umat  Islam  malah  kepada  bangsa  yang  lain  juga. Kejayaan  beliau  mendampingi  para raja, gabenor dan ketua-ketua  negara  serta  para  ulama  di negara  yang  dilawatinya,  menunjukkan  beliau  adalah  seorang  yang  berperribadi  tinggi, berakhlak  mulia, pandai  berdiplomasi  serta  mempunyai  sifat – sifat  terpuji.

Ibnu  Haithem -  Abu  Ali  Al- Hassan  bin Al Hassan  bin  Al Haitam  Al- Basri Al Misri. Beliau  dilahirkan  di Basrah, Iraq  pada  bulan  Zulkaedah  354H / 965M. Beliau  meninggal  dunia  pada  tahun  430H / 1039  dalam  usia  74  tahun.

Beliau  merupakan  pakar  dalam  bidang  fizik, matematik, astronomi  dan falsafah  serta  merupakan  tokoh  agung  optik  dan  pencipta  kaca. Beliau  pernah  menerima  gelaran `` The Greatest  Student of Optics of All Times ". Sepanjang  hayat  beliau, beliau  telah  menulis  tidak  kurang  daripada  200 judul buku  dalam  pelbagai  cabang ilmu  seperti  matematik, fizik, astronomi, falsafah  dan perubatan. Kitab  Al- Manzir ( optik ), karangan  beliau  telah  menghuraikan  cara – cara  membuat  eksperimen  untuk  membuktikan  cahaya  bergerak  lurus. Beliau  mendapat  cara  membuat  kaca, produk mikroskop, teleskop, kaca  mata  dan  sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...