Sabtu, 9 Mac 2013

Sejarah Sekolah





Sekolah Kebangsaan Sungai Abong Muar telah dibuka pada 1 Jun 2001. Penubuhannya kerana memenuhi keperluan penduduk setempat yang bertambah dengan pesatnya. Murid-murid di sekitarnya sebelum ini belajar di SK Bakri Batu 2, SK Parit Setongkat, SK Simpang Jeram dan SK St.Andrew, Muar. Sekolah ini mula beroperasi pada 4 Jun 2001. Pelancaran pembukaannya telah dilakukan oleh Tn. Hj. Mohd. Zainal Ariffin Bin Hj. Anuar, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Muar.

Satu majlis penyerahan bangunan di antara Jabatan Kerja Raya dan Kontraktor  dengan Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah diadakan pada 25 Mei 2002. Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah diwakili oleh Encik Rahim Bin Mohamad dari Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan.

 Sekolah baru ini telah diberi nama Sekolah Kebangsaan Sungai Abong Muar. Pemilihan nama sekolah ini adalah berdasarkan nama tempat iaitu Sungai Abong, Muar. Alamat lengkap sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Abong, 84000 Jalan Sungai Abong, Muar, Johor Darul Takzim.

Sekolah ini telah didirikan di atas 3 keping tanah dengan keluasan keseluruhan 8 hektar. Mengandungi 3 blok bangunan di mana setiap blok terdiri daripada 3 tingkat dan sebuah bangunan kantin. Luas bangunan 6035.27 meter dan luas bangunan kantin 539.7 meter.

Sekolah ini dilengkapi dengan sebuah padang permainan. Sekolah ini juga merupakan satu-satunya sekolah rendah di daerah Muar yang mempunyai gelanggang tenis bertaraf kebangsaan.

         Pada keseluruhannya, sekolah ini mengandungi 18 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan, bilik muzik, bilik komputer dan bilik mesyuarat yang dilengkapi alat penghawa dingin. Makmal komputer pula dilengkapi dengan 21 set komputer.

Sejarah  Sekolah  Kebangsaan  Sungai  Abong  Muar, telah  mula  diterajui  oleh  guru besar pertamanya  iaitu Tuan. Hajij. Mohd. Taher Bin Mohd. Sap. Beliau dibantu oleh 3 orang pembantu guru besar, iaitu;

(i)            Encik  Mohamad Yusoh Bin Misbah
Pembantu Guru Besar, Pentadbiran dan Kurikulum.
(ii)          Puan  Hajah Kamsinah Bte Sarpin
Pembantu Guru Besar Hal Ehwal Murid.
(iii)         Encik  Burhanuddin Bin Asmari
Pembantu Guru Besar Ko-kurikulum.

            Teraju  kepimpinan  sekolah  ini  diteruskan  oleh  Tuan. Haji Onn bin Jaafar  bermula   pada  1  November  2006  hingga  3  September  2009  dan  sebaik  sahaja  pesaraan  beliau,  teraju  kepimpinan  sekolah  Kebangsaan  Sungai  Abong  Muar  sekali  lagi  beralih  kepimpinan. Sekolah  ini  kini    dipimpin  oleh  Puan  Hajah  Feroz  bt  Mahpop yang  mula  berkhidmat  di sekolah  ini  pada 16  September  2009  hingga  kini.

2 ulasan:

  1. Saya Nak Tengok Gambar Saya Time Saya Sukan Dulu Ada Tak , Tahun 2003-2005 Sukan

    BalasPadam
  2. Saya Nak Tengok Gambar Saya Time Saya Sukan Dulu Ada Tak , Tahun 2003-2005 Sukan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...