SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH BUAT SEMUA WARGA SKSA...
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Rabu, 1 Januari 2014
Jumaat, 15 November 2013
Sabtu, 9 Mac 2013
Identiti Sekolah
Identiti Sekolah Kebangsaan Sungai Abong Muar, adalah terletak kepada pemilihan nama kelas. Nama – nama kelas dipilih berdasarkan tokoh ilmuan terkemuka dalam sejarah Islam. Adalah menjadi harapan dengan pemilihan ini, murid- murid dapat mencontohi ilktizam, kesungguhan dan pembudayaan ilmu yang membawa kepada perkembangan tamadun manusia itu sendiri. Selain daripada itu, ia dapat dijadikan titik tolak kepada kecemeralngan sekolah yang berfokus kepada perkembangan dan budaya ilmu. Pemilihan nama – nama kelas itu ialah :
Lagu Sekolah
Sungguh indah sekolah alaf baru,
Mempunyai
matlamat yang satu,
Sentiasa
pentingkan ilmu,
Mentaati, hormati
guru.
Sopan santun
serta budi bahasa,
Kami bertekad
sentiasa berusaha,
Satu arah
kecemerlangan,
Itu azam kami
semua.
Dipimpin Untuk
Memimpin,
Itu moto sekolah
kita,
Muridnya rajin
sekolah maju,
Megahnya
sekolahku.
Jati diri amalkan
amal makruf,
Bersih hati
beriman dan bertakwa,
Sentiasa
mengingatinya,
Tercapailah wawasan
Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Sungai Abong Muar telah dibuka pada 1 Jun 2001.
Penubuhannya kerana memenuhi keperluan penduduk setempat yang bertambah dengan
pesatnya. Murid-murid di sekitarnya sebelum ini belajar di SK Bakri Batu 2, SK
Parit Setongkat, SK Simpang Jeram dan SK St.Andrew, Muar. Sekolah ini mula
beroperasi pada 4 Jun 2001. Pelancaran pembukaannya telah dilakukan oleh Tn.
Hj. Mohd. Zainal Ariffin Bin Hj. Anuar, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,
Pejabat Pelajaran Daerah Muar.
Satu majlis penyerahan bangunan di antara Jabatan Kerja Raya dan Kontraktor
dengan Jabatan Pelajaran Negeri Johor
telah diadakan pada 25 Mei 2002. Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah diwakili
oleh Encik Rahim Bin Mohamad dari Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan.
Bendera dan Falsafah Sekolah
Warna kuning melambangkan
taat setia kepada raja.
Warna hijau
melambangkan keharmonian.
Warna merah
melambangkan keberanian.
Falsafah Sekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Abong Muar
S Sentiasa menepati masa dan mematuhi
peraturan
K Keyakinan diri, kejujuran,
keikhlasan dan keaktifan
S Sayang kepada diri sendiri,
keluarga, guru dan sekolah
A Amalkan yang baik untuk kecemerlangan.
A Amalkan yang baik untuk kecemerlangan.
Lencana Sekolah
Pengertian
Rajah bulatan : Melambangkan sasaran dan target dalam pendidikan kehidupan dan kerjaya.
Bulatan Pertama : Warga sekolah iaitu murid, guru dan staf.
Bulatan Kedua : Kehidupan yang sentiasa bergerak, berubah dan bermotivasi.
Bulatan Ketiga : Sasaran, visi dan misi / wawasan, kejayaan cemerlang, tinggi, insan kamil / masyarakat madani / kehidupan yang bahagia.
Warna Hijau: Warna hijau melambangkan manusia yang hidup.
Warna Putih: Warna putih melambangkan kehidupan yang suci / ikhlas / beriman dan beramal.
Warna Merah: Warna merah melambangkan keberanian / cemerlang/ bermotivasi dan patriotik.
Bunga Raya: Lambang 1 Malaysia dan bunga kebangsaan.
Visi, Misi, Cogankata, Matlamat dan Objektif sekolah
Visi Sekolah
Sekolah Kebangsaan Sungai Abong Muar menjadi Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.
Sekolah Kebangsaan Sungai Abong Muar menjadi Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.
Misi Sekolah
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Cogankata Sekolah
Dipimpin untuk memimpin
Matlamat Sekolah
Menyokong sepenuhnya Dasar Pendidikan Negara
Memberi pendidikan berkualiti ke arah pembentukan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek.
Membentuk golongan pelajar yang berilmu,berdisiplin dan berbudaya ilmu.

Objektif
Sekolah
Meningkatkan peratus keseluruhan UPSR
Meningkatkan tahap keupayaan murid dalam bidang kokurikulum agar mencapai kedudukan sekurang-kurangnya tempat ketiga bagi pertandingan-pertandingan yang disertai di peringkat daerah.
Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dengan mengadakan sekurang-sekurangnya 3 kali kursus peningkatan profesionalisme.

Langgan:
Catatan (Atom)