Sabtu, 9 Mac 2013

Lencana Sekolah


Pengertian  

Rajah bulatan : Melambangkan sasaran dan target dalam pendidikan kehidupan dan kerjaya. 

Bulatan Pertama : Warga sekolah iaitu murid, guru dan staf.         

Bulatan Kedua : Kehidupan yang sentiasa bergerak, berubah dan bermotivasi.

Bulatan Ketiga : Sasaran, visi dan misi / wawasan, kejayaan cemerlang, tinggi, insan  kamil / masyarakat madani / kehidupan yang bahagia. 

Warna Hijau: Warna hijau melambangkan manusia yang hidup.

Warna Putih: Warna putih melambangkan kehidupan yang suci / ikhlas / beriman dan beramal.

Warna Merah: Warna merah melambangkan keberanian / cemerlang/ bermotivasi dan patriotik.

Garisan Pecah Lima: Melambangkan rukun islam dan juga rukun negara.

Bunga Raya: Lambang 1 Malaysia dan bunga kebangsaan.

Visi, Misi, Cogankata, Matlamat dan Objektif sekolah



Visi Sekolah 
Sekolah Kebangsaan Sungai  Abong Muar menjadi Sekolah Unggul Penjana Generasi  Terbilang.

Misi Sekolah
Membangun  Potensi  Individu  Melalui  Pendidikan Berkualiti

Cogankata Sekolah
Dipimpin untuk memimpin 

Matlamat Sekolah 
Menyokong  sepenuhnya  Dasar  Pendidikan Negara
Memberi pendidikan berkualiti ke arah pembentukan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek.
Membentuk golongan pelajar yang berilmu,berdisiplin dan berbudaya ilmu.

Objektif Sekolah 
Meningkatkan peratus keseluruhan UPSR
Meningkatkan tahap keupayaan murid dalam bidang kokurikulum agar mencapai kedudukan sekurang-kurangnya tempat ketiga bagi pertandingan-pertandingan yang disertai di peringkat daerah.
Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dengan mengadakan sekurang-sekurangnya 3 kali kursus peningkatan profesionalisme.        

Catatan pertama blog SK Sg Abong


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya blog SK Sungai Abong dapat dibangunkan. Di harap segala perkongsian maklumat dan informasi dapat dimanafaatkan oleh semua yang berkunjung ke blog sekolah kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...