Sabtu, 23 Mac 2013

Sabtu, 9 Mac 2013

Identiti Sekolah



            Identiti  Sekolah  Kebangsaan  Sungai Abong Muar,  adalah  terletak  kepada  pemilihan  nama  kelas. Nama – nama  kelas  dipilih  berdasarkan  tokoh  ilmuan   terkemuka  dalam  sejarah Islam. Adalah  menjadi  harapan  dengan  pemilihan  ini,  murid- murid  dapat  mencontohi  ilktizam, kesungguhan  dan  pembudayaan  ilmu  yang  membawa  kepada  perkembangan  tamadun  manusia  itu  sendiri. Selain daripada  itu,  ia  dapat  dijadikan  titik  tolak  kepada  kecemeralngan  sekolah  yang  berfokus  kepada  perkembangan  dan  budaya  ilmu. Pemilihan  nama – nama  kelas  itu  ialah :

Lagu Sekolah


Sungguh indah sekolah alaf baru,
Mempunyai matlamat yang satu,
Sentiasa pentingkan ilmu,
Mentaati, hormati guru.

Sopan santun serta budi bahasa,
Kami bertekad sentiasa berusaha,
Satu arah kecemerlangan,
Itu azam kami semua.

Dipimpin Untuk Memimpin,
Itu moto sekolah kita,
Muridnya rajin sekolah maju,
Megahnya sekolahku.

Jati diri amalkan amal makruf,
Bersih hati beriman dan bertakwa,
Sentiasa mengingatinya,
Tercapailah wawasan

Sejarah Sekolah





Sekolah Kebangsaan Sungai Abong Muar telah dibuka pada 1 Jun 2001. Penubuhannya kerana memenuhi keperluan penduduk setempat yang bertambah dengan pesatnya. Murid-murid di sekitarnya sebelum ini belajar di SK Bakri Batu 2, SK Parit Setongkat, SK Simpang Jeram dan SK St.Andrew, Muar. Sekolah ini mula beroperasi pada 4 Jun 2001. Pelancaran pembukaannya telah dilakukan oleh Tn. Hj. Mohd. Zainal Ariffin Bin Hj. Anuar, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Muar.

Satu majlis penyerahan bangunan di antara Jabatan Kerja Raya dan Kontraktor  dengan Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah diadakan pada 25 Mei 2002. Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah diwakili oleh Encik Rahim Bin Mohamad dari Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan.

Bendera dan Falsafah Sekolah



Warna kuning melambangkan taat setia kepada raja.

Warna hijau melambangkan keharmonian.

Warna merah melambangkan keberanian.

        
Falsafah Sekolah Sekolah Kebangsaan  Sungai Abong Muar
 
S  Sentiasa menepati masa dan mematuhi peraturan
K Keyakinan diri, kejujuran, keikhlasan dan keaktifan
S  Sayang kepada diri sendiri, keluarga, guru dan sekolah 
A  Amalkan yang baik untuk kecemerlangan.




Lencana Sekolah


Pengertian  

Rajah bulatan : Melambangkan sasaran dan target dalam pendidikan kehidupan dan kerjaya. 

Bulatan Pertama : Warga sekolah iaitu murid, guru dan staf.         

Bulatan Kedua : Kehidupan yang sentiasa bergerak, berubah dan bermotivasi.

Bulatan Ketiga : Sasaran, visi dan misi / wawasan, kejayaan cemerlang, tinggi, insan  kamil / masyarakat madani / kehidupan yang bahagia

Warna Hijau: Warna hijau melambangkan manusia yang hidup.

Warna Putih: Warna putih melambangkan kehidupan yang suci / ikhlas / beriman dan beramal.

Warna Merah: Warna merah melambangkan keberanian / cemerlang/ bermotivasi dan patriotik.

Garisan Pecah Lima: Melambangkan rukun islam dan juga rukun negara.

Bunga Raya: Lambang 1 Malaysia dan bunga kebangsaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...